- Lain-lain
China Nantikan Kerjasama dengan ASEAN, GCC Terus Diperluas
China menantikan kerjasama pragmatik dengan negara-negara ASEAN dan Majlis Kerjasama Teluk (GCC) dalam pelbagai bidang terus diperluas sehingga mewujudkan situasi sama menang, kata jurucakap Kementerian Luar Mao Ning pada Khamis.
Perdana Menteri China Li Qiang akan menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC-China yang dijadual berlangsung di Kuala Lumpur bermula 26 hingga 28 Mei atas jemputan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mao berkata China menyokong Malaysia menghoskan sidang kemuncak itu sempena menyandang pengerusi bergilir ASEAN.
Negara-negara ASEAN dan GCC merupakan entiti ekonomi baru muncul di Asia serta anggota penting Selatan Global, selain menjadi rakan kongsi utama dalam usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI).
Menurut beliau, adalah pentingnya bagi ketiga-tiga pihak berkumpul untuk membincangkan pendekatan bagi memperkukuh solidariti dan kolaborasi demi pembangunan dan kemakmuran, di samping memperkasa kerjasama rentas rantau yang saling menguntungkan.
China berharap dapat bersinergi dengan pihak terbabit dalam menegakkan sistem perdagangan pelbagai hala dan melindungi kepentingan bersama Selatan Global.
- Bina Rumah yang Aman, Selamat, Makmur, Cantik dan Bersahabat
- China Komited Perkasakan Pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib China-ASEAN
- Pegawai Kanan China, ASEAN Berhimpun di Ningbo Sempena Sesi Rundingan China-ASEAN
- PM Li Tekankan Lagi "Lima Prinsip Hidup Secara Damai" di Vientiane
- China Puji Pendirian Positif PM Malaysia untuk Perkukuh Hubungan Dua Hala
- PM Li Utus Tahniah Perasmian Tahun Pertukaran Rakyat-ke-Rakyat China-ASEAN
- Forum Rakan Media ASEAN 2022 di Guangxi
- Kerjasama China, GCC Bawa Limpahan Manfaat