- Lain-lain
Seronok! Pelajar Antarabangsa Sertai Festival Budaya Universiti Guizhou (4)
Festival Budaya Antarabangsa Universiti Guizhou 2025 berlangsung dengan rancak selama 12 hari pada hujung Mei. Lebih 1,000 pakar dan sarjana asing, pelajar antarabangsa, pensyarah tempatan serta penuntut dari pelbagai negara berkumpul di kampus universiti untuk merasai kemeriahan suasana sebuah pesta multibudaya.
Mengikut atur cara, pelajar asing dari 43 negara satu per satu memperagakan pakaian tradisional masing-masing dalam program Pameran Busana Pelbagai Negara.
Seorang pelajar dari Thailand yang mengambil bahagian, dengan terujanya memuji program itu. “Seronok betul dapat menunjukkan pakaian tradisional di atas pentas dan memperkenalkan adat resam negara sendiri kepada semua!” katanya.
Karnival Makanan Antarabangsa pula menyajikan kuisin dari 26 negara, memberikan kesempatan kepada pensyarah dan pelajar untuk menjamah juadah dari serata dunia tanpa perlu meninggalkan kampus.
“Lazat dan menyeronokkan!” ujar seorang pelajar dari Mesir, yang menggambarkan karnival makanan itu bagai peluang untuk melawat-lawat dunia dengan lidah.
Suasana festival memuncak dengan pertandingan menyanyi lagu China oleh pelajar antarabangsa. Seramai 16 peserta mendendangkan lagu-lagu China dengan lancar, menzahirkan rasa cinta mereka terhadap budaya China menerusi alunan melodi merdu.
“Belajar bahasa Cina dan menyanyi lagu-lagu China sememangnya menarik,” kata pelajar dari Indonesia, pemenang hadiah pertama.
Dari aspek akademik, Pameran Pencapaian Akademik Antarabangsa memperlihatkan hubungan rentas sempadan antara Universiti Guizhou dan bermacam-macam universiti terkemuka di merata dunia. Pensyarah dan pelajar baik tempatan mahupun asing boleh “meneroka” institusi pengajian berkenaan dari dalam kampus, dan mengetahui dasar penerimaan masuk universiti-universiti berprestij dengan lebih awal.
“Melalui pelbagai aktiviti ini, saya dapat tahu adat resam dan budaya negara-negara berbeza, yang bukan sahaja membuka mata tetapi juga meluaskan pengalaman!” kata pelajar tempatan, Tong Yan.
David Patrick, seorang pensyarah asing di Universiti Guizhou, melihat integrasi budaya pelbagai negara sebagai sesuatu yang amat menarik dan memandang penting kegiatan pertukaran budaya. Beliau berharap interaksi budaya antarabangsa dapat diteruskan.
Pada masa ini, Universiti Guangzhou telah menubuhkan Institut Confucius dan Pusat Pengajaran Bahasa Cina di Sepanyol, Gambia dan AS, serta menjalankan kerjasama pendidikan dengan universiti di AS, Britain, Kanada dan Thailand. Selain mencapai perjanjian kerjasama dengan 205 kolej dan institut penyelidikan di 45 negara serta Hong Kong, Makau dan Taiwan, Universiti Guangzhou juga mengendalikan dua pangkalan pengenalan bakat peringkat negara dan sebuah makmal bersama Jalur dan Laluan.
Bai Zhen, timbalan pengarah Jabatan Pendidikan provinsi Guizhou berkata, beliau mahu melihat orang muda dari seluruh dunia berkomunikasi dan menghimpun pengalaman di Universiti Guizhou, sebuah institusi pengajian tinggi dengan sejarah dan budaya yang menjangkau 120 tahun.
“Saya harap orang muda dapat belajar daripada budaya satu sama lain, membina dan berkongsi sebuah budaya yang berwarna-warni.”
- Kawasan Pergunungan di Guizhou Jadi Kilang Super Matcha
- Lebuh Raya Guiyang-Pintang, Guizhou Sedang Dibina
- Sawah Padi Berteres Jadi Pentas Peragaan Fesyen di Guizhou
- Pertunjukan Fesyen Kampung Guizhou Bawa Sinar Pakaian Etnik ke Pentas Dunia
- Gala Kampung Hidupkan Kemeriahan Musim Bunga di Pekan Guancang
- Hidangan Nasi Tradisional Gembirakan Pengunjung di Guizhou
- Xi Mahu Pembangunan Berkualiti di Guizhou
- Pemandangan Kampung Dong Zhaoxing Dari Sudut Udara
- Sekolah Malam Belia di Guizhou Dapat Permintaan Tinggi
- Xi Mahu Guizhou Kekalkan Pembangunan Berkualiti Tinggi