Datuk Bandar Dari Serata Dunia Berdialog di Shanghai

Para hadirin yang menyertai Dialog Datuk Bandar Global dan Forum Kerjasama Bandar-bandar Persahabatan Antarabangsa Shanghai 2025 di Shanghai, timur China pada 29 Mei 2025. (Xinhua/Wang Xiang)

Para hadirin yang menyertai Dialog Datuk Bandar Global dan Forum Kerjasama Bandar-bandar Persahabatan Antarabangsa Shanghai 2025 di Shanghai, timur China pada 29 Mei 2025. (Xinhua/Wang Xiang)

Datuk Bandar dan perwakilan dari 26 bandar di 22 negara telah berhimpun di Shanghai bagi menyertai Dialog Datuk Bandar Global dan Forum Kerjasama Bandar-bandar Persahabatan Antarabangsa Shanghai 2025 yang sedang berlangsung selama empat hari sehingga Sabtu.

Sub-sub forum diadakan dengan tema ‘Pemerkasaan rendah karbon dan hijau untuk pembangunan bandar yang mampan’ dan ‘Menginspirasikan pemuda yang penuh bertenaga untuk inovasi masa depan’.

Datuk Bandar Shanghai, Gong Zheng dalam ucapannya berkata bahawa bandar-bandar perlu memperdalam kerjasama pragmatik, memperkukuh persahabatan yang terjalin sejak sekian lama berasaskan kesaksamaan, saling percaya dan perundingan bersama, serta berkongsi peluang pembangunan dengan sasaran untuk mempromosi kemakmuran dan kestabilan.

Rakan sejawatannya dari Athens, Greece iaitu Haris Doukas pula telah menekankan tentang peranan diplomasi bandar dalam menangani krisis iklim.

“Diplomasi bandar membolehkan bandar-bandar untuk terus meneraju, untuk mencapai perkongsian penting bagi pencegahan (krisis iklim), untuk berkongsi pengetahuan, untuk menetapkan sasaran yang berani dan khusus melalui penyertaan dalam forum dan jaringan antarabangsa, serta untuk mengurangkan beban krisis iklim,” ujar beliau.

Bagi Dan Boyle, Datuk Bandar Cork, Ireland pula berpendapat bahawa perubahan iklim adalah cabaran penentu bagi dunia yang berkongsi pada hari ini.

“Semangat kerjasama antarabangsa, seperti hari ini, boleh memberikan kita sedikit harapan bahawa cabaran yang dihadapi manusia sejagat dapat ditangani,” ujar beliau.

Dan Boyle, Datuk Bandar dari Cork, Ireland menyampaikan ucapan semasa Dialog Datuk Bandar Global dan Forum Kerjasama Bandar-bandar Persahabatan Antarabangsa Shanghai 2025 di Shanghai, timur China pada 29 Mei 2025. (Xinhua/Wang Xiang)

Haris Doukas, Datuk Bandar dari Athens, Greece, berucap semasa Dialog Datuk Bandar Global dan Forum Kerjasama Bandar-bandar Persahabatan Antarabangsa Shanghai 2025 di Shanghai, timur China pada 29 Mei 2025. (Xinhua/Wang Xiang)

Video

Berita Berkaitan