China Sasar Muktamadkan Rundingan FTA dengan GCC Seawal Mungkin

(CRI)Jumaat 30 Mei 2025

China, ASEAN dan negara-negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC) merupakan tiga entiti ekonomi penting di dunia dengan struktur ekonomi yang saling melengkapi.

Ketiga-tiga pihak dilihat mampu membentuk sebuah pasaran besar yang dikongsi bersama dengan perdagangan dan pelaburan yang lebih bebas dan mudah.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Perdagangan China, He Yongqian dalam sidang media pada Khamis.

Menurut beliau, China dan ASEAN telah memuktamadkan rundingan berhubung Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) 3.0 dan kini sedang berusaha untuk menggerakkan rundingan perjanjian perdagangan bebas dengan GCC supaya dapat diselesaikan seawal mungkin.

Video

Berita Berkaitan