Rusia, Ukraine Perlu Tunjuk Kesungguhan Politik, Teruskan Rundingan Damai

(CRI)Jumaat 30 Mei 2025

Pihak-pihak yang terlibat dalam konflik Rusia-Ukraine perlu menunjukkan kesungguhan politik, meneruskan rundingan damai dan menyelesaikan krisis berkenaan menerusi dialog.

Demikian ujar Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang ketika berucap pada mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Ukraine pada Khamis.

Beliau berkata semua pihak perlu mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa, mengelakkan serangan menyasar penduduk dan kemudahan awam serta bertindak proaktif untuk meredakan situasi seawal mungkin.

Dalam pada itu, masyarakat antarabangsa terutamanya pihak berkepentingan perlu lantang menyokong gencatan senjata dan rundingan damai serta mencipta suasana yang kondusif dan menawarkan bantuan yang diperlukan bagi menggalakkan penyelesaian krisis melalui saluran politik.

Video

Berita Berkaitan