Tinjauan CGTN: Tindakan Trump Berkaitan Pengambilan Pelajar Asing Undang Kecaman

(CRI)Ahad 01 Jun 2025

Siri perintah eksekutif pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berkaitan pengambilan pelajar asing oleh universiti negara itu telah menimbulkan kejutan kepada pendapat awam antarabangsa.

Satu tinjauan membabitkan warganet seluruh dunia yang dijalankan Rangkaian Televisyen Global China (CGTN) mendapati, 82.1 peratus responden mengecam tindakan AS itu merupakan pelanggaran serius terhadap kebebasan akademik.

Sementara itu, hampir 90 peratus responden menyuarakan kebimbangan bahawa tindakan seumpama akan menghancurkan 'impian Amerika' ramai pelajar antarabangsa.

Baru-baru ini, kerajaan AS mengarahkan kedutaan dan konsulatnya di luar negara menggantung penjadualan temu janji baharu bagi permohonan visa pelajar, selain mempertimbangkan untuk memeriksa akaun media sosial pelajar antarabangsa.

Menurut hasil tinjauan, 81.3 peratus responden membantah keras langkah tersebut dan melihatnya sebagai pencabulan terhadap hak privasi pelajar.

Di samping itu, AS juga secara sewenang-wenangnya membatalkan visa pelajar China dengan alasan perbezaan ideologi dan keselamatan negara.

Dalam tinjauan berkenaan, sebanyak 83 peratus responden percaya bahawa tindakan seumpama menjejaskan secara serius hak dan kepentingan sah pelajar China serta mengganggu pertukaran sosiobudaya antara kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan