Jualan Produk Pengguna Menokok RMB1Trilion melalui Pakej "Jual Lama Beli Baharu"

(CRI)Isnin 02 Jun 2025

Jualan produk pengguna mencecah RMB1.1 trilion (RM650 bilion) di China setakat 31 Mei tahun ini, susulan pelaksanaan pakej "jual lama beli baharu" dalam lima kategori dan pemberian 175 juta kupon subsidi kepada kalangan pengguna.

Menurut Kementerian Perdagangan China pada Ahad, jumlah kupon subsidi dimohon pemilik kenderaan tentang pembelian baharu mencatat 4.12 juta.

Selain itu, seramai 49.86 juta pengguna telah membeli perkakas elektrik untuk kegunaan isi rumah sebanyak 77.62 juta unit dalam 12 kategori, manakala 53.53 juta pengguna telah membeli sebanyak 56.63 juta unit produk digital seperti telefon bimbit.

Video

Berita Berkaitan