- Lain-lain
Setiausaha Agung PBB Kutuk Pembunuhan Rakyat Palestin
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, pada Isnin mengecam serangan terhadap rakyat Palestin yang sedang menuju ke pusat pengagihan bantuan di selatan Semenanjung Gaza.
Dalam kenyataannya yang dikeluarkan pada pagi Isnin, Guterres meluahkan rasa terkejut terhadap laporan mengenai kematian dan kecederaan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza pada Ahad.
Bagaimanapun jurucakap Guterres, Stephane Dujarric mengubah perkataan tersebut kepada "kecaman" semasa sidang akhbar pada sebelah petang.
Dalam kenyataan itu, Guterres menyifatkan keadaan di mana rakyat Palestin perlu mempertaruhkan nyawa mereka untuk mendapatkan makanan sebagai tidak dapat diterima.
Beliau menyeru siasatan bebas terhadap peristiwa tersebut dilakukan dengan serta merta agar pihak yang bertanggungjawab diheret ke muka pengadilan.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Kesihatan Gaza pada Ahad, tentera Israel telah melepaskan tembakan dan membunuh 31 orang di kawasan Rafah, selatan Gaza, sementara puluhan lagi cedera parah.
Ketika kejadian, orang awam sedang berkumpul di sebuah lokasi agihan bantuan yang disokong Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
- Gencatan Senjata di Gaza Perlu Disegerakan: Duta China
- Hampir 64 Peratus Bekalan Peralatan Perubatan Kehabisan di Gaza
- Lebih 140 Maut dalam Serangan Udara Israel di Gaza
- AL Seru Hentikan Perang di Gaza, Menentang Dakwaan Pindahkan Rakyat Palestin
- China Gesa Israel Undur Tentera dari Syria
- China Desak Isreal Segera Hentikan Serangan terhadap Gaza
- Guterres Gesa Noktahkan Kesengsaraan di Gaza
- Duta China Gesa Perkasa Hak Asasi Menerusi Kerjasama
- Israel Diseru Benarkan Bantuan Kemanusiaan Masuk Gaza
- China Sokong Usaha Negara Arab dalam Isu Palestin