China  Komited Perkasakan Kerjasama Kewangan dengan Negara Anggota SCO

(CRI)Rabu 04 Jun 2025

China komited untuk memperkasakan kerjasama kewangan dengan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO).

Demikian dinyatakan Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang pada Selasa ketika mengadakan pertemuan dengan para perwakilan yang menghadiri Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat negara-negara anggota SCO.

Ding Xuexiang berkata, tahun ini merupakan "Tahun China" bagi SCO.

"China bersedia mengambil peluang ini untuk bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi mengutamakan pembangunan, mengukuhkan kerjasama kewangan, memperluaskan penggunaan penyelesaian dagangan dengan mata wang tempatan.

"Selain itu membangunkan kewangan inklusif digital untuk keuntungan semua dan berusaha dengan proaktif untuk menubuhkan Bank Pembangunan SCO bagi menyuntik momentum yang kukuh ke dalam pembangunan negara-negara serantau," kata beliau.

Setiausaha Agung SCO Nurlan Yermekbayev pula dalam ucapannya menghargai usaha yang dilakukan China sebagai pengerusi bergilir SCO dan menyatakan kesediaannya untuk bekerjasama dengan pihak China untuk menyemarakkan "Semangat Shanghai" demi kemakmuran dan pembangunan serantau.

Video

Berita Berkaitan