Majlis Penyerahan Vaksin China-Afghanistan Berlangsung di Kabul

(CRI)Rabu 04 Jun 2025

Majlis penyerahan vaksin meningitis dan influenza yang disumbangkan oleh kerajaan China kepada Afghanistan telah diadakan di Kabul pada Isnin.

Kaunselor Pejabat Ekonomi dan Perdagangan Kedutaan China di Afghanistan serta Timbalan Menteri Kesihatan Awam Sementara Afghanistan hadir pada majlis tersebut dan menandatangani sijil penyerahan antara kerajaan.

Dilaporkan sumbangan tersebut merangkumi 33,000 dos vaksin meningitis dan 33,000 dos vaksin influenza (jenis sedia suntik) dengan nilai kira-kira 6.45 juta yuan (RM3.81 juta).

Semua bekalan perubatan ini selamat tiba di Afghanistan pada 6 Mei lalu.

Video

Berita Berkaitan