- Lain-lain
Jepun Diharap Refleksi Sejarah Secara Mendalam dan Bertekad Tempuh Jalan Pembangunan Damai
China berharap Jepun dapat menginsafi kesalahan sejarah secara mendalam, mengambil iktibar daripada masa lalu serta kekal konsisten memilih jalan pembangunan damai.
Ini sekali gus dapat membuktikan komitmen Jepun melalui tindakan sebenar bagi memulihkan kepercayaan negara-negara jiran di rantau Asia dan masyarakat antarabangsa.
Demikian tegas Lin Jian, jurucakap Kementerian Luar China pada Rabu, sebagai penjawab pertanyaan wartawan pada sidang media mengenai kenyataan terbaharu Perdana Menteri Jepun, Shiba Shigeru, yang menegaskan bahawa Jepun perlu merefleksi sejarah, mengingati pengajaran lalu dan tidak mengulangi kesalahan peperangan.
Semasa berucap pada Forum Antarabangsa "Masa Depan Asia" ke-30, Shiba Shigeru menyatakan bahawa Jepun perlu mengenang memori pahit dan pengajaran sejarah serta tidak mengulangi tragedi peperangan.
Beliau turut menekankan bahawa Jepun telah memilih jalan sebagai negara damai dan hal berkenaan tidak akan berubah pada masa depan. Jepun juga katanya, tidak akan kembali menjadi sebuah negara penjajah.
Menurut Lin, semasa bertemu dengan Presiden China, Xi Jinping di Lima, Peru pada November 2024, Shiba Shigeru pernah menyatakan bahawa Jepun berpegang kepada semangat "menghadapi sejarah dan memandang ke masa depan" untuk mengekalkan jalan pembangunan damai.
"Kenyataan beliau yang sekali lagi menegaskan komitmen Jepun untuk mengambil pengajaran daripada sejarah serta tidak akan mengulangi tragedi peperangan dan China memberikan perhatian serius", kata Lin.
- Jepun Digesa Bersikap Betul dan Berhati-hati dalam Isu Sejarah
- Muzium Sejarah 18 Sept Shenyang Terima Bahan Bukti Sejarah Pencerobohan Jepun
- Ulang Tahun ke-87 Insiden Jambatan Lugou di Beijing
- China Desak Jepun Kaji Diri tentang Sejarah Pencerobohan
- Ketua SDP Kunjungi Muzium Peringatan Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun
- Penduduk Jepun Seru Jangan Lupa Sejarah Pembunuhan Besar-besaran Nanjing
- Ambil Iktibar Sejarah, Hargai Kedamaian
- Jepun Digesa Jangan Siarkan Maklumat Palsu Lagi
- Bahan Visual Dedahkan Kegiatan Pencerobohan Tentera Jepun
- Peringatan Peristiwa “18 Sep” Menentang Pencerobohan Jepun