- Lain-lain
China Kekal Keahlian ECOSOC untuk Penggal Baharu
(CRI)Khamis 05 Jun 2025
China berjaya mempertahankan keahliannya dalam Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) selepas pengundian diadakan di sesi pleno Perhimpunan Agung ke-79 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada Rabu.
Tempoh perkhidmatan untuk penggal ini dari tahun 2026 hingga tahun 2028.
ECOSOC merupakan salah satu daripada enam badan utama PBB, dan fungsinya adalah menguruskan hal-ehwal ekonomi, sosial, pembangunan, kebudayaan, dan pendidikan.
Majlis itu mempunyai 54 ahli, dan satu pertiga daripada ahlinya akan dipilih semula oleh Perhimpunan Agung setiap tahun.
China telah mempertahankan keahliannya dalam ECOSOC sejak 1972 dan telah memberikan sumbangan penting untuk kerja majlis tersebut.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang