- Lain-lain
China Sedia Tingkatkan Kerjasama dengan Sepanyol
Naib Presiden China, Han Zheng mengadakan kunjungan hormat dengan Raja Sepanyol Felipe VI di Istana Diraja di Madrid pada Khamis waktu tempatan.
Dalam pertemuan tersebut, Han telah menyampaikan salam daripada Presiden Xi Jinping dan menyatakan penghargaan atas sokongan berterusan keluarga diraja Sepanyol dalam mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara.
Beliau menyatakan kesediaan China untuk meningkatkan kerjasama dengan Sepanyol dalam sektor tenaga baharu, produk pertanian dan makanan, kenderaan elektrik, ekonomi digital serta pertukaran kebudayaan dan pendidikan.
Sementara itu Raja Felipe VI memuji pencapaian China dalam pembangunan tenaga baharu dan rel berkelajuan tinggi, serta menyatakan hasrat untuk mempererat kerjasama bagi memajukan hubungan dua hala.
- Presiden Xi Terima Kunjungan PM Sepanyol Sanchez
- PM Sepanyol Bakal Lawat China
- Xi Ucap Takziah kepada Raja Sepanyol atas Banjir Dahsyat
- Xi Terima Kunjungan PM Sepanyol
- China Jadi Rakan Dagang Terbesar Sepanyol
- Wang Yi Bertemu Menteri Luar Sepanyol
- Setem Peringatan Ulang Tahun ke-50 Hubungan China-Sepanyol Dikeluarkan
- Tingkatkan Persahabatan dan Kerjasama China-Sepanyol: Xi