China Harap Iran, Israel Capai Gencatan Senjata Berkekalan

(CRI)Isnin 16 Jun 2025

Menteri Luar China Wang Yi mengadakan perbualan secara berasingan dengan Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, dan Menteri Luar Israel, Gideon Sa'ar menerusi panggilan telefon pada Sabtu.

Abbas Araghchi telah memberikan taklimat tentang perkembangan terkini situasi di kawasan itu dan berharap masyarakat antarabangsa dapat menyuarakan pendirian menuntut Israel menghentikan semua operasi ketenteraan.

Sementara itu, beliau mengucapkan terima kasih kepada China atas pemahaman dan sokongan yang konsisten terhadap Iran. Beliau yakin China akan memainkan peranan yang lebih penting dalam mempromosikan keamanan dan kestabilan serantau.

Wang Yi berkata, pihak China telah menyatakan pendiriannya secara terbuka serta-merta selepas Israel menyerang Iran.

Menurut beliau, China telah mengeluarkan kenyataan, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel yang menceroboh kedaulatan, keselamatan, dan keutuhan wilayah Iran, dengan tegas menentang serangan ganas yang menyasarkan pegawai Iran dan menyebabkan kematian rakyat jelata. China menyokong Iran dalam menjaga kedaulatan negara, mempertahankan hak dan kepentingan sahnya serta keselamatan nyawa rakyatnya.

Setelah mendengar taklimat Menteri Luar Israel, Gideon Sa'ar mengenai pandangan Israel terhadap situasi semasa serta pendirian Israel, Wang Yi menyatakan bahawa China sentiasa melihat isu-isu hangat serantau dari perspektif objektik.China menggesa kedua-dua pihak Israel dan Iran supaya menyelesaikan pertikaian melalui perundingan dan mencari jalan untuk wujud bersama secara aman.

Wang Yi juga menekankan bahawa China bersedia untuk memainkan peranan yang konstruktif dalam hal ini.

Video

Berita Berkaitan