China Pamer Jet Pejuang J-20, J-35A, J-10CE Pada Pertunjukan Udara Paris

Beberapa model pesawat ketenteraan China dipamerkan di reruai Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC) milik negara untuk dipertontonkkan semasa Pertunjukan Udara Paris ke-55 yang akan berlangsung sehingga 22 Jun mulai hari ini di Paris, Perancis. (Foto tangkap layar dari akaun WeChat rasmi AVIC)

Beberapa model pesawat ketenteraan China dipamerkan di reruai Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC) milik negara untuk dipertontonkkan semasa Pertunjukan Udara Paris ke-55 yang akan berlangsung sehingga 22 Jun mulai hari ini di Paris, Perancis. (Foto tangkap layar dari akaun WeChat rasmi AVIC)

China tampil pada Pertunjukan Udara Paris kali ini dengan membawa beberapa produk penerbangan utamanya untuk dipamerkan termasuk jet pejuan J-20, J-35A dan J-10CE, lapor agensi berita Global Times.

Pada Ahad, pakar bidang tersebut dari China yang juga merangkap ketua editor majalah Aerospace Knowledge yang berpangkalan di Beijing, Wang Ya’nan ketika diwawancara Global Times memberitahu bahawa pesawat perang China dijangka akan menarik perhatian sejumlah besar peserta pada acara itu, khususnya susulan kejayaan China dalam bertempur yang dilakukan oleh jet pejuang untuk eksport iaitu J-10CE.

Perbadanan Industri Penerbangan China (AVIC) dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa ia akan membuat pameran khusus terhadap kejayaannya dalam peralatan penerbangan awam dan ketenteraan semasa Pertunjukan Udara Paris ke-55 yang membuka tirainya pada hari ini, dan akan berlangsung sehingga 22 Jun.

Memetik kenyataan AVIC menerusi akaun rasmi WeChat-nya, pameran oleh pihaknya itu akan diketuai oleh ’20’ siri pesawat perang dan disokong oleh sistem yang dicipta untuk eksport ketenteraan dan peralatan penerbangan keselamatan kecemasan.

Difahamkan, antara model dalam pesawat ketenteraan yang dipamerkan adalah jet pejuang selinap J-35A, jet pejuang J-10CE, pesawat pengangkutan besar Y-20, helikopter utiliti Z-20 dan helikopter serang Z-10ME. Manakala, antara produk lain yang akan turut dipertontonkan adalah dron selinap pengintipan bersenjata GJ-11, dron pengintipan bersenjata Wing Loong-2 dan pesawat memadam kebakaran amfibia besar AG600M.

Lapor Global Times, kesemua produk tersebut akan mempertontonkan kemampuan masing-masing secara komprehensif di udara, penghantaran jarak jauh dan penyelarasan darat-udara dalam perang pada masa depan, sekali gus memperlihatkan kemampuan China dalam membangunkan sistem pesawat ketenteraan yang lengkap.

Wang berkata, China dijangka untuk menjadi tumpuan global pada Pertunjukan Udara Paris susulan daripada persembahan cemerlang oleh jet pejuang yang khusus untuk eksport iaitu J-10CE.

Jelasnya, produk China sedang dalam peralihan daripada berkualiti rendah kepada berkualiti tinggi, dan daripada kejayaan secara teori kepada kemampuan bertempur yang sudah terbukti.

“Persembahan oleh J-10CE petanda jelas tentang kemajuan industri penerbangan China. Saya percaya bahawa semua produk yang dipamerkan Chian akan menjadi perhatian semasa Pertunjukan Udara Paris,” ujar beliau.

Kata Wang, dari sudut kemampuan eksport, beliau berpandangan bahawa J-10CE telah memperlihatkan kemampuannya dalam bertempur, yang pastinya akan menarik perhatian bakal pembeli.

“J-35A mewakili satu lagi calon eksport yang kuat, khususnya tatkala dalam suasana pertumbuhan global yang pesat jet pejuang generasi kelima. Melihat dari sudut keberkesanan kos dan persembahannya, J-35A haru menjadi sangat kompetitif dalam pasaran global,” tambahnya lagi.

Terdahulu pada Khamis, Wang Yongqing, ketua pereka bentuk pelbagai jenis pesawat merangkap ketua pakar bagi Institut Penyelidikan dan Reka Bentuk Pesawat Shenyang ketika diwawancara Global Times memberitahu bahawa siri jet pejuang J-35 yang dibangunkan dengan pendekatan ‘konfigurasi berkembar laut-udara’ dan berkonsep ‘satu pesawat, pelbagai varian’ itu diunjur untuk menghasilkan sejumlah besar produk masa depan.

Pada masa sama, beliau turut memberi penekanan terhadap kelebihan siri jet pejuang J-35, dengan berkata bahawa kekuatan signifikan jet tersebut terletak pada keupayaannya bertempurnya yang lebih kuat.

“Semasa dalam fasa mereka bentuk, keberkesanan bertempur menjadi salah satu objektif utama kami. Ciri-ciri J-35 yang unik adalah termasuk persembahan selinap yang ditambahbaik, dan keupayaan berperang yang cemerlang untuk operasi yang diselaraskan,” kata Wang Yongqing.

Video

Berita Berkaitan