iUNRC Lancar Inisiatif Baharu, Majukan Kerjasama Akademik Serantau

Mesyuarat ke-3 majlis Rangkaian Universiti untuk Kerjasama Penyelidikan: Inisiatif Sains dan Teknologi Jalur dan Laluan (iUNRC) telah diadakan di Chengdu, barat daya China pada 12 Jun, dan turut dihadiri oleh wakil-wakil universiti anggota.

Mesyuarat ke-3 majlis iUNRC diadakan di Chengdu, barat daya China, pada 12 Jun. (Foto ihsan penganjur)

Mesyuarat ke-3 majlis iUNRC diadakan di Chengdu, barat daya China, pada 12 Jun. (Foto ihsan penganjur)

Satu inisiatif untuk memperdalam pertukaran dan kerjasama antara universiti anggota turut dilancarkan pada mesyuarat itu. Menurut inisiatif itu, satu yayasan yang memberi tumpuan kepada penyelidikan saintifik untuk pembangunan mampan akan ditubuhkan dan Universiti Chongqing akan memberi peruntukan sebanyak RMB5 juta (RM2.95 juta) setiap tahun buat yayasan itu.

Pengerusi majlis iUNRC, Canselor Univerisiti Chongqing, Wang Shuxin mengumumkan pelancaran inisiatif pertukaran dan kerjasama baharu. (Foto ihsan penganjur)

Pengerusi majlis iUNRC, Canselor Univerisiti Chongqing, Wang Shuxin mengumumkan pelancaran inisiatif pertukaran dan kerjasama baharu. (Foto ihsan penganjur)

Mesyuarat ke-3 majlis iUNRC diadakan di Chengdu, barat daya China, pada 12 Jun. (Foto ihsan penganjur)

Mesyuarat ke-3 majlis iUNRC diadakan di Chengdu, barat daya China, pada 12 Jun. (Foto ihsan penganjur)

iUNRC, satu inisiatif oleh Universiti Chongqing, ditubuhkan pada tahun 2023 dengan memfokuskan sembilan sektor termasuk data raya, pertanian mampan, dan perubahan iklim.

Mesyuarat itu turut mengumumkan University of Debrecen (Hungary) sebagai universiti pengerusi seterusnya serta keanggotaan empat lagi universiti, iaitu Universiti Sichuan, Universiti Hunan, Institut Teknologi Bandung (Indonesia) dan Tashkent Institute of Architecture and Civil Engineering (Uzbekistan).

Ia sekali gus menyaksikan jumlah anggota iUNRC kini meningkat kepada 19.

Pemandangan kampus Universiti Chongqing. (Foto ihsan penganjur)

Pemandangan kampus Universiti Chongqing. (Foto ihsan penganjur)

Video

Berita Berkaitan