Li Qiang Ucap Tahniah Zandanshatar Dilantik PM Baharu Mongolia

(CRI)Khamis 19 Jun 2025

Perdana Menteri China Li Qiang pada Rabu menzahirkan ucapan tahniah kepada Gombojav Zandanshatar atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Mongolia yang baharu.

Li berkata China bersedia bersama Mongolia untuk memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, meningkatkan penyelarasan strategi pembangunan, memperluas kerjasama dan pertukaran segenap bidang serta memantapkan perkongsian strategik komprehensif kedua-dua negara.

Video

Berita Berkaitan