- Lain-lain
PBB Selar Serangan AS Menyasar Iran
(CRI)Ahad 22 Jun 2025
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres meluahkan rasa terkejut selepas dimaklumkan bahawa tentera Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran.
Dalam satu kenyataan menerusi jurucakapnya, Guterres memberi amaran bahawa tindakan seumpama berisiko menyebabkan ketegangan di Asia Barat menjadi tidak terkawal.
Beliau menyeru semua negara anggota agar menurunkan ketegangan serta mematuhi Piagam PBB dan undang-undang antarabangsa.
Pada saat genting ini, semua pihak mesti mengelakkan putaran kekacauan, kata beliau sambil menambah bahawa tiada penyelesaian ketenteraan dan satu-satunya jalan ke hadapan adalah melalui diplomasi dan satu-satunya harapan adalah keamanan.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang