Masyarakat Antarabangsa Diseru Kekalkan Dialog dan Hubungan dengan Kerajaan Sementara Afghanistan

(CRI)Selasa 24 Jun 2025

China menyeru masyarakat antarabangsa untuk mengekalkan dialog dan hubungan dengan kerajaan sementara Afghanistan, serta meningkatkan bantuan kemanusiaan kepada negara tersebut.

Demikian menurut Naib Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Geng Shuang ketika berucap dalam mesyuarat terbuka Majlis Keselamatan PBB pada Isnin.

Katanya, masyarakat antarabangsa perlu terus memainkan peranan dalam membantu Afghanistan untuk keluar daripada masalah yang berlaku di negara itu.

"Kita mesti mengekalkan momentum dialog dan hubungan dengan kerajaan sementara Afghanistan serta sentiasa memperkukuh persefahaman dan kepercayaan bersama.

"Kita juga mesti meningkatkan bantuan kemanusiaan dan menzahirkan keprihatinan terhadap rakyat Afghanistan, menyokong pemulihan ekonomi dan membantu negara tersebut mencapai pembangunan semula secepat mungkin," ujar Geng Shuang lagi.

Pada masa sama beliau mendesak agar hak wanita dilindungi serta membimbing kerajaan Afghanistan supaya beransur-ansur mengubah dasarnya, selain memerangi keganasan habis-habisan dan mencegah negaranya daripada menjadi lagi 'sarang' kumpulan pengganas.

Katanya, China sedia memainkan peranan lebih besar dalam usaha mempromosikan keamanan dan kestabilan jangka panjang di Afghanistan.

Video

Berita Berkaitan