- Lain-lain
China Post Lancarkan Laluan Kargo Udara Zhengzhou-Luxembourg
![]() |
(Foto/Xinhua) |
Agensi berita Xinhua pada Isnin melaporkan bahawa China Post secara rasminya telah melancarkan laluan kargo antarabangsa yang baharu antara bandar tengah China iaitu Zhengzhou dan Luxembourg, dengan sebuah kargo telah berlepas dari Zhengzhou pada pagi hari yang sama.
Xinhua yang memetik China Post memberitahu bahawa laluan tersebut buat masa ini akan mengoperasikan satu penerbangan setiap minggu, dengan terdapat rancangan untuk meningkatkan kekerapan berdasarkan permintaan pasaran.
Difahamkan, ia akan mengembangkan lebih luas daripada e-dagang rentas sempadan tradisional, iaitu menuju ke arah membawa barangan berteknologi tinggi dan mempunyai nilai tambah seperti farmaseutikal dan komponen pengeluaran ketetapatan, lapor Xinhua.
Untuk rekod, Zhengzhou yang terletak di Provinsi Henan telah aktif membangunkan hab kargo udara antarabangsa pada tahun-tahun mutakhir ini. Setakat ini, 33 pesawat kargo telah melancarkan 58 laluan kargo khusus dari bandar itu, termasuk 43 laluan antarabangsa.
Lapangan Terbang Antarabangsa Xinzheng Zhengzhou telah mengendalikan 239,000 tan kargo setempat atau antarabangsa untuk lima bulan pertama tahun ini, sekali gus menyaksikan peningkatan dari tahun ke tahun sebanyak 45.8 peratus.
![]() |
(Foto/Xinhua) |
![]() |
(Foto/Xinhua) |
![]() |
(Foto/Xinhua) |