Taman Trek Pam Antarabangsa Shenyang: Dulu Kilang Berkarat, Kini Tapak Pertandingan Antarabangsa

Di kawasan tapak perindustrian daerah Tiexi, Taman Trek Pam Antarabangsa Shenyang tersergam gah sebagai mercu tanda baharu bandar Shenyang dengan bingkai keluli berkarat dan trek berwarna-warni.

Seorang kanak-kanak berlatih di trek pam di Taman Trek Pam Antarabangsa Shenyang. (People’s Daily Online/Zhang Lulu)

Seorang kanak-kanak berlatih di trek pam di Taman Trek Pam Antarabangsa Shenyang. (People’s Daily Online/Zhang Lulu)

Sebagai tapak trek pam pertama yang diperakui oleh Union Cycliste Internationale (UCI), di kawasan timur laut China, taman seluas 45,800 meter persegi itu dilengkapi dengan sembilan jenis trek, dan mampu memenuhi keperluan sukan dari peringkat permulaan hingga peringkat profesional.

Taman ini bukan sahaja destinasi bagi penggemar sukan lasak, tetapi juga venue untuk banyak pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa termasuk Kelayakan Kejohanan Dunia Trek Pam UCI 2023, Liga Pump Track China 2024 (Shenyang), dan Kelayakan China Kejohanan Dunia Trek Pam UCI Velosolutions 2025.

Kanak-kanak berlatih di trek pam di Taman Trek Pam Antarabangsa Shenyang. (People’s Daily Online/Zhang Lulu)

Menurut statistik Biro Kebudayaan dan Pelancongan Shenyang, kadar penggunaan hotel jenama antarabangsa dalam lingkungan 3 kilometer adalah sebanyak 37% sejak taman itu dibuka.

Michael Kurtagh, pakar asing People’s Daily Online merasai pengalaman berbasikal di trek pam. (People’s Daily Online/Zhang Lulu)

Michael Kurtagh, pakar asing People’s Daily Online merasai pengalaman berbasikal di trek pam. (People’s Daily Online/Zhang Lulu)

Sebagai sebahagian daripada projek pengubahsuaian pangkalan industri lama, taman itu telah dibina daripada kilang terbiar.

Pereka bentuk mengekalkan peninggalan industri, menukar bingkai keluli berkarat menjadi pagar trek, sekali gus mencipta estetika ‘Industrial Punk’ yang unik. Di sebelah taman itu, satu galeri mempaparkan warisan dan sejarah perindustrian bandar Shenyang.

Michael Kurtagh, pakar asing People’s Daily Online berbual-bual dengan Sun Xiaoxiao, 8 tahun, yang juga juara kumpulan perempuan Liga Pump Track China 2024 (Shenyang) di Taman Trek Pam Antarabangsa Shenyang. (People’s Daily Online/Qiu Yuzhe)

Daripada kilang berkarat hingga ke tapak pertandingan antarabangsa, taman ini menunjukkan semangat bandar Shenyang yang terbuka lagi inklusif.

Benarlah seperti yang diungkap pada pintu masuk taman itu iaitu, ‘Di sini tiada sempadan, hanyalah titik permulaan’.

Video

Berita Berkaitan