- Lain-lain
China, Mozambique Sambut Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik
Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Mozambique, Daniel Chapo bertukar perutusan tahniah pada Rabu sempena sambutan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik kedua-dua negara.
Xi berkata, beliau amat menitikberatkan pembangunan hubungan China-Mozambique dan bersedia bekerjasama dengan rakan sejawatnya itu untuk menjadikan ulang tahun kedua-dua negara sebagai titik permulaan baharu, memperkukuh persahabatan tradisional, memperdalam kerjasama saling menguntungkan dibawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dan Forum China-Afrika serta membuka lembaran baharu perkongsian rakan strategik komprehensif.
Sementara itu Chapo berkata, sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik dan juga ulang tahun ke-50 kemerdekaan negara tersebut, pihaknya menghargai sokongan tanpa syarat yang diberikan China.
Mozambique akan terus mematuhi prinsip Satu China, menyokong semua usaha kerajaan China bagi merealisasikan penyatuan semula, mendukung inisiatif yang dikemukakan Beijing, di samping memperdalam hubungan bilateral berdasarkan saling menghormati dan menguntungkan, memperluas kerjasama pragmatik, membela multilateralisme, dan menggalakkan kedamaian, keamanan dan kemakmuran sedunia.