- Lain-lain
ASEAN Seru Patuhi Gencatan Senjata di Timur Tengah
ASEAN menyeru pihak-pihak terlibat supaya menghormati gencatan senjata di Timur Tengah dan mengelakkan sebarang tindakan yang boleh mencetuskan konflik baharu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis, Sekretariat ASEAN menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketegangan di Timur Tengah dan menyambut baik pelaksanaan gencatan senjata antara Iran dan Israel.
ASEAN menegaskan, sebarang pertikaian perlu diselesaikan secara damai dan selaras dengan undang-undang antarabangsa termasuk Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
"Semua negara berkewajipan untuk menghormati kedaulatan dan keutuhan wilayah negara lain, selain perlu melindungi orang awam dan infrastruktur awam dalam konflik bersenjata sebagaimana ditetapkan dalam undang-undang antarabangsa dan resolusi Majlis Keselamatan PBB yang berkaitan," menurut kenyataan tersebut.
Pada masa yang sama, ASEAN juga menyatakan sokongan terhadap usaha antarabangsa termasuk PBB dalam meredakan ketegangan dan menggalakkan dialog membina antara pihak-pihak yang terlibat bagi mewujudkan penyelesaian damai.
- PBB Peringati Ulang Tahun Nakba, China Seru Pelaksanaan “Penyelesaian Dua Negara”
- Sebarang Rundingan akan Berlangsung Tanpa Gencatan Senjata - PM Israel
- AS, Ukraine Sepakat Kuatkuasakan Gencatan Senjata Sementara
- Hamas Komited Laksana Perjanjian Gencatan Senjata
- Gencatan Senjata Lubnan-Israel Dijadikan Keutamaan Utama - Wakil China
- Hamas Ulangi Desakan Laksana Gencatan Senjata
- China Ulangi Desakan Gencatan Senjata Serta-merta di Gaza
- China Desak Israel Hentikan Serangan terhadap Rafah
- Guterres Seru Gencatan Senjata Kemanusiaan di Gaza
- Hamas Tekankan Tuntutan dalam Rundingan mengenai Gencata Senjata