Pembuat Kenderaan China Semakin Aktif Dalam Ekonomi Beraltitud Rendah

Pentadbiran Penerbangan Awam China (CAAC) melaporkan bahawa ekonomi beraltitud rendah China dijangka untuk mencecah RMB3.5 trilion (AS$487.5 bilion).

Tertarik akan pasaran yang sangat besar tersebut, pengeluar automotif China dengan pesat berkembang ke arah sektor ekonomi beraltitud rendah. Beberapa pembuat kenderaan juga telah memasuki fasa ujian menerbangkan kereta terbang masing-masing.

Pada 12 Jun, Kumpulan GAC membuat kemunculan sulung bagi kereta terbang pertamanya yang dikeluarkan secara besar-besaran iaitu GOVY AirCab, dan telah memulakan pra-tempahan dengan harga runcit yang disyorkan tidak melebihi RMB1.68 juta.

1.	Kereta terbang milik pembuat kenderaan China, Changan dipamerkan semasa Pameran Auto Antarabangsa Chongqing 2025 di Perbandaran Chongqing di barat daya China. (Foto oleh Sun Kaifang)

Kereta terbang milik pembuat kenderaan China, Changan dipamerkan semasa Pameran Auto Antarabangsa Chongqing 2025 di Perbandaran Chongqing di barat daya China. (Foto oleh Sun Kaifang)

GOVY AirCab mewakili reka bentuk kereta terbang pelbagai rotor, dengan bahagian atas berfungsi sebagai pesawat, manakala bahagian bahawa beroperasi sebagai kenderaan konvensional. Sistem dwi-mod pula membolehkan pemanduan pintar di jalan dan penerbangan di atas. Ia ideal bagi pergerakan jarak dekat dan bersiar-siar.

XPeng Aeroht, sebuah subsidiari pembuat kenderaan elektrik (EV) China iaitu Xpeng, telah membangunkan ‘pembawa pesawat darat’, sebuah kereta terbang yang terdiri daripada sebuah modul udara dan kenderaan darat. Kenderaan darat tersebut boleh memuatkan empat hingga lima penumpang, dan menampilkan sistem kuasa hibrid dengan julat dipanjangkan yang boleh mengecas semula modul udara. Modul udara pula merupakan pesawat terbang kawalan elektrik penuh dengan keupayaan berlepas dan mendarat tegak (VTOL) buat penerbangan beraltitud rendah.

Kesemua kereta terbang tersebut dikategorikan sebagai elektrik VTOL (eVTOL), yang mewakili hala tuju pembangunan arus perdana bagi pembuat kenderaan global mahupun domestik.

Mutakhir ini, permohonan Aeroht XPeng untuk mendapatkan sijil pengeluaran bagi modul udaranya telah diterima secara rasmi oleh Pentadbiran Kawasan Selatan dan Tengah CAAC. Modul tersebut dijangka untuk menerima sijil jenis menjelang penghujung tahun ini. Manakala, fasiliti pengeluaran kereta terbang XPeng Aeroht pula dijadualkan untuk disiapkan pada suku ketiga tahun ini, dengan penghantarannya bermula pada 2026.

Difahamkan, eVTOL yang dibangunkan oleh Aerofugia, iaitu sebuah subsidiari syarikat automotif China, Geely Auto, akan memasuki fasa ujian penerbangan bermanusia, dan turut diunjur untuk mendapat sijil jenis pada 2026.

Sementara itu, kereta terbang sayap komposit ‘tiga-badan’ oleh satu lagi pembuat kenderaan China, Chery telah dengan jayanya melengkapkan penerbangan ujiannya, dan sebuah lagi pemain industri iaitu Changan Automobile telah mengumumkan perkongsiannya dengan EHang, syarikat pesawat pintar China, untuk memajukan lagi pembangunan dan pengkomersialan kereta terbang.

2.	Kereta terbang XPeng Aeroht membuat penerbangan awam globalnya yang sulung di Pameran Udara China di Zhuhai, Provinsi Guangdong, selatan China. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Kereta terbang XPeng Aeroht membuat penerbangan awam globalnya yang sulung di Pameran Udara China di Zhuhai, Provinsi Guangdong, selatan China. (Foto ihsan individu yang diwawancara)

Menurut Persekutuan Ekonomi Beraltitud Rendah China, eVTOL China dijangka akan melebihi 100,000 unit menjelang 2030.

An Tiecheng, pengerusi Syarikat Pusat Penyelidikan dan Teknologi Automotif China berkata bahawa pesawat beraltitud rendah tenaga baharu merupakan indikator teras utama kepada ekonomi beraltitud rendah dan mempamerkan sinergi teknologi yang signifikan dengan kecerdasan kenderaan tenaga baharu (NEV) yang terpasang.

Beliau turut memberitahu bahawa pesawat beraltitud rendah dan NEV pintar saling memperkuat antara satu sama lain dalam sistem R&D, pembuatan, senario pengaplikasian, sekali gus menyediakan laluan yang praktikal bagi pengintegrasian mendalam antara kedua-dua industri baharu muncul tersebut.

Sokongan dari sudut dasar juga menjadi pendorong penting terhadap transformasi pembuat kenderaan. Pada 2021, China memperkenalkan garis panduan terhadap pembangunan jaringan pengangkutan komprehensif, yang turut menyaksikan ekonomi beraltitud rendah dimasukkan dalam perancangan kebangsaan buat julung-julung kalinya.

Satu panduan yang dikeluarkan pada 2023 dan pelan pelaksanaan pada 2024 juga telah menggalakkan R&D, penentusahan, dan pengaplikasian komersial kereta terbang.

Tahun ini, laporan kerja kerajaan menekankan tentang usaha mempromosi pembangunan ruang komersial yang teratur dan selamat, ekonomi beraltitud rendah, dan industri-industri baharu muncul yang lain.

Beberapa kerajaan tempatan turut mengemukakan dasar-dasar yang melibatkan pembangunan infrastruktur, pengembangan senario pengaplikasian dan pemumpukan rantai bekalan untuk menyokong pembangunan pesat ekonomi beraltitud rendah.

Tindak balas yang dipamerkan oleh pasaran juga menunjukkan bahawa terdapatnya keyakinan industri dan minat pengguna yang utuh. ‘Pembawa pesawat darat’ XPeng Aeroht turut menerima lebih daripada 4,000 pra-tempahan dan mendirikan perkongsian dengan lebih daripada 200 kem untuk melancarkan model operasi bersama untuk latihan pilot, perkhidmatan, dan pengalaman penerbangan.

Pada penghujung 2024, Aerofugia menandatangani perjanjian hasrat untuk membeli dengan ICBC Leasing untuk 120 buah pesawat AE200, iaitu pesanan eVTOL terbesar China dalam sektor pemajakan kewangan

An turut menekankan ekonomi beraltitud rendah sebagai industri baharu muncul yang stategik. Beliau menunjukkan tentang keperluan untuk menyatupadukan teknologi seperti kecerdasan buatan dan tenaga hijau dengan pesawat beraltitud rendah, dan mendorong R&D dalam bahan-bahan mentah ringan, penderia elektronik serta pemanduan pintar dan sistem kawalan.

Video

Berita Berkaitan