Wang Yi Ulangi Pendirian China dalam Krisis Ukraine

(CRI)Jumaat 04 Julai 2025

China konsisten dengan pendirian menyokong rundingan damai sebagai penyelesaian krisis Ukraine serta mengalu-alukan usaha semua pihak ke arah mencapai perjanjian damai yang komprehensif, berkekalan dan wajib dipatuhi.

Demikian kata Menteri Luar China Wang Yi ketika sidang akhbar bersama rakan sejawatnya dari Jerman, Johann Wadephul di Berlin pada Khamis.

Wang mengulangi pendirian China dalam krisis Ukraine iaitu mendukung usaha perdamaian menerusi rundingan, tidak membekalkan senjata maut kepada pihak terlibat dalam konflik, dan mengawal secara ketat eksport barangan dwiguna yang boleh digunakan untuk tujuan ketenteraan dan awam termasuk dron.

China bukan sahaja menunaikan tanggungjawab antarabangsa, tetapi juga melancarkan kumpulan 'Friends of Peace' di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersama negara Selatan Global sehingga membentuk sinergi lebih kuat untuk mencapai gencatan senjata.

Beliau memetik kenyataan Presiden Xi Jinping sebagai berkata, tiada penyelesaian mudah untuk masalah yang kompleks.

Walaupun masih wujud perselisihan besar antara pihak-pihak terlibat, namun adalah lebih baik untuk berdialog berbanding berkonflik.

Wang berkata sejarah Eropah sejak ratusan tahun lalu membuktikan bahawa tidak kira betapa rumit dan sukarnya situasi, pintu keamanan dan perdamaian tidak boleh ditutup.

Beliau menyeru supaya semua pihak memainkan peranan konstruktif untuk membina kerangka keselamatan Eropah yang seimbang, berkesan dan mampan serta mewujudkan keamanan dan kestabilan berkekalan di Eropah seawal mungkin.

Video

Berita Berkaitan