- Lain-lain
Bagaimana PKC Jadi Parti Politik Terbesar di Dunia?
Lebih dari seabad yang lalu, Marxis China menubuhkan Parti Komunis China (PKC). Lebih seratus tahun selepas itu, PKC berkembang menjadi semakin besar, dengan daripada hanya lebih 50 anggota pengasas kepada lebih daripada 100 juta ahli, sekali gus menjadi parti politik terbesar di dunia.
“Sebagai parti politik terbesar di dunia, tindak-tanduk PKC mesti seiring dengan statusnya. Sejarah sangat jelas menunjukkan bahawa Parti kita ini bersama-sama mampu untuk menerajui rakyat ke arah revolusi sosial yang besar dan terlibat dalam pembaharuan kendiri. Kita, sebagai ahli, mesti sentiasa bersemangat seperti orang muda, dan selama-lamanya menjadi pengkhidmat kepada rakyat, perintis semasa, serta tulang belakang kepada negara kita,” ujar Xi Jinping, setiausaha agung Jawatankuasa Pusat PKC, ketika menjelaskan dengan tuntas tentang sebab di sebalik kejayaan PKC menjadi parti politik terbesar di dunia.
Pengembangan pesat Parti secara dasarnya adalah berasaskan misi dan sifatnya. PKC adalah perintis kepada kelas pekerja China, rakyat China dan bangsa China, serta sentiasa menjunjung prinsip berkhidmat kepada rakyat dengan sepenuh hati.
Sejak Kongres Kebangsaan PKC ke-18 pada 2012, sosialisme dengan ciri-ciri China telah memasuki era baharu, yang memerlukan Parti menyatukan lebih daripada 1.4 bilion manusia untuk menjadi tenaga yang kuat, seterusnya memajukan matlamat pembinaan negara moden yang hebat dan mencapai rejuvenasi bangsa. Dengan misi Parti yang terus berkembang, ia bererti bahawa anggotanya juga perlu berkembang. Sebagai organisasi politik yang paling ramai perwakilan, PKC berprinsip bahawa di mana sahaja terdapat manusia, di situ juga adanya anggota PKC; dan di mana sahaja terdapatnya anggota PKC, di situ juga adanya organisasi PKC yang benar-benar melaksanakan tugas masing-masing.
Pertumbuhan ini juga mencerminkan ciri pembaharuan kendiri Parti. Mempunyai keberanian untuk melaksanakan pembaharuan kendiri adalah bahagian paling penting dalam ciri PKC, dan juga satu tanda yang membezakan dengan parti politik yang lain.
“(Parti) kita adalah parti yang hebat bukan kerana kita tidak membuat kesilapan, tetapi kerana kita tidak pernah menyembunyikan kesilapan. Kita mendepaninya dan memperbaharui diri,” kata Xi.
Bagi memastikan ketulenan dan sifat majunya yang berterusan, PKC secara konsisten membawa masuk anggota baharu sambil mengamalkan gaya organisasi bagi mengendalikan anggota yang tidak memenuhi kriteria ahli Parti, termasuk penstrukturan semula dalam rangka masa yang tertentu, menasihati agar berundur daripada Parti secara sukarela, atau dilucutkan keanggotaan.
Pertumbuhan ini turut mencerminkan tarikan kuat Parti dan kemampuannya untuk menyatukan anggota. Sejak hari pertama ia diasaskan, Parti itu telah menetapkan aspirasi dan misinya iaitu mencari kebahagiaan rakyat China dan memberikan nafas baharu buat negara China.
Dalam tempoh sejarah yang berbeza dalam revolusi China, PKC telah memperlihatkan kepaduan dan tarikan yang cemerlang, secara berterusan menarik individu yang progesif ke dalamnya. Sejak Kongres Kebangsaan PKC ke-18, anggota Parti telah berkembang stabil, dan melepasi angka 100 juta menjelang penghujung 2024.
Xi menekankan bahawa untuk benar-benar menjadi parti politik yang paling kuat di dunia, PKC mesti memperkukuh pembinaan Parti. Sejak Kongres ke-18, Jawatankuasa Pusat PKC telah melipat gandakan usaha untuk memperkuat keanggotaan Parti dengan sistem yang lebih komprehensif, sekali gus memajukan peralihan dengan stabil daripada parti yang besar kepada parti yang kuat.
Sejak Kongres Kebangsaan PKC ke-18, organisasi Parti di semua peringkat telah mengutamakan integriti politik, mengikuti prosedur dengan ketat, dan mewujudkan mekanisme yang menyeluruh dalam membawa masuk anggota baharu. Mereka memfokuskan untuk merekrut golongan muda, pekerja industri, petani, cendekiawan, dan mereka yang di dalam industri baru muncul, sambil mengadakan semakan latar belakang yang ketat bagi mengelakkan individu yang tidak layak atau pengambil kesempatan daripada menyertai Parti.
Satu mesyuarat telah diadakan oleh Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC pada 2019 yang menekankan tentang peri penting untuk menambah baik kualiti pengurusan dan pendidikan anggota Parti, secara tidak langsung menjadikan latihan lebih bersasar dan berkesan, sambil mengelakkan prosedur yang tidak bermanfaat.
Organisasi Parti di semua peringat telah memperkuatkan kepaduan dan menyelaraskan jiwa Parti dengan Pemikiran Xi Jinping terhadap Sosialisme dengan Ciri-ciri China pada Era Baharu. Mereka telah memperdalam kajian terhadap teori inovatif Parti, menekankan pendidikan dalam ideal dan kepercayaan, disiplin, dan tingkah lalu, serta menggunakan kedua-dua contoh berjaga-jaga dan positif. Mereka telah melaksanakan latihan khas di pelbagai peringkat dan kategori, memberikan panduan kepada anggota Parti untuk memberikan sumbangan bagi memajukan pemodenan China.
Pejabat Am Jawatankuasa Pusat PKC telah mengemukakan rangka kerja untuk memperkukuh pendidikan dan melatih anggota Parti (2024-2028), dengan sasaran agar terus menambah baik mekanisme latihan biasa buat anggota Parti, dengan fokus khas terhadap latihan peringkat asas.
Sejak Kongres Kebangsaan ke-18, Jawatankuasa Pusat PKC dengan Xi sebagai tunjangnya secara serius telah menekankan tentang disiplin Parti. Ia telah berjaya untuk memperkukuh kesedaran politik, menambah baik tindak-tanduk Parti, menguatkuasakan disiplin yang lebih tegas, serta mempromosi pendidikan yang berterusan dan konsisten terhadap disiplin Parti.
PKC telah melancarkan kempen pendidikan Parti yang luas untuk melaksanakan ‘keputusan lapan mata’ untuk menambah baik pengendalian kerja. Dari Kongres Kebangsaan PKC ke-18 sehingga ke penghujung 2024, sejumlah 1.523 juta anggota telah dikenakan tindakan berikutan pelanggaran ‘keputusan lapan mata’, yang melibatkan 1.076 juta kes.
“Hanya jika akar umbi organisasi bijak dan anggota Parti menjalankan peranan masing-masing, asas Parti akan menjadi kukuh dan Parti itu sendiri akan menjadi dinamik,” kata Xi.
Misi mentadbir Parti bergantung kepada dedikasi dan prestasi jutaan anggotanya, yang menunjukkan komitmen masing-masing menerusi kerja harian yang cemerlang, tampil ke hadapan pada waktu nan sukar, dan bertindak dengan berani pada waktu nan bahaya.
Di barisan hadapan dalam pembangunan dan pembaharuan, anggota Parti memenuhi tanggungjawab masing-masing dan secara berterusan merintis peranan masing-masing. Beberapa organisasi Parti dalam perusahaan telah menganjurkan kepada anggota Parti untuk memajukan penyelidikan dalam teknologi teras, sekali menyumbang kepada penemuan baharu dalam teknologi-teknologi yang sukar.
Dalam perjuangan menokhtahkan kemiskinan, lebih daripada 3 juta pegawai ke kampung-kampung dan setiausaha pertama, bersama-sama dengan jutaan pekerja komuniti telah bertarung nyawa di barisan hadapan. Lebih daripada 1,800 anggota Parti telah kehilangan nyawa dalam usaha membanteras kemiskinan.
Semasa pandemik COVID-19, sejumlah 7.013 juta anggota Parti dari jabatan kerajaan, perusahaan, dan institusi awam telah dikerahkan ke barisan hadapan, manakala 8.461 juta anggota Parti di dalam perkhidmatan telah melaporkan diri untuk berkhidmat di komuniti masing-masing. Sejumlah 3.306 juta organisasi akar umbi Parti mengambil bahagian secara langsung dalam kawalan dan pencegahan epidemik, melindungi kesihatan awam dan mengawal keharmonian sosial.
Anggota Parti secara konsisten memainkan peranan contoh dalam mempromosi pembangunan berkualiti tinggi, menambah baik tadbir urus peringkat akar umbi, dan melaksanakan tugas-tugas mencabar dan penting, seterusnya menjadi tulang belakang dalam memacu PKC dan negara.
- Konsert Rai Ulang Tahun ke-104 PKC Berlangsung di Beijing
- Xi Jinping Mahu Anggota PKC Tambah Baik Mutu Kerja dan Tata Laku Kendiri
- Xi Pengerusikan Mesyuarat Parti, Teliti Peraturan Kerja Badan Pembuat Keputusan, Perunding dan Penyelaras
- Xi Balas Surat Beri Kata Semangat kepada Penduduk Kampung di Kawasan Sempadan
- PKC Peringati Ulang Tahun Ke-120 Kelahiran Mendiang Chen Yun
- China Keluarkan Pelan Tindak Balas Kecemasan Negara
- Xi Zahir Ucapan Tahun Baharu Cina kepada Tokoh Bukan Anggota PKC
- Pengumuman Sidang Pleno Keempat Suruhanjaya Pemeriksaan Disiplin Pusat Ke-20 PKC
- Mesyuarat Pucuk Pimpinan PKC Fokuskan Pengukuhan Disiplin Parti
- Memangkin Agenda Tadbir Urus Kawasan Sempadan Dorong Pembangunan Berkualiti - Xi