- Lain-lain
China, Jerman Adakan Dialog 'Komprehensif, Pragmatik, Jujur, dan Konstruktif': Menteri Luar Wang Yi
Dialog Strategik Diplomatik dan Keselamatan China-Jerman pusingan kelapan berlangsung di Berlin, Jerman pada Khamis. Ia disifatkan sebagai 'komprehensif, pragmatik, jujur dan konstruktif' oleh Menteri Luar China, Wang Yi.
Dalam sidang media bersama Menteri Luar Jerman, Johann Wadephul, Wang berkata, dialog tersebut berjaya meningkatkan persefahaman dan persepakatan kedua-dua negara.
Ujarnya China dan Jerman bersetuju untuk memajukan perkongsian strategik menyeluruh ke tahap baharu berlandaskan saling menghormati, mencari persamaan, mengetepikan perbezaan dan sama menang.
Wang menyatakan, China dan Jerman harus meningkatkan pertukaran lawatan dan kerjasama, di samping memperkukuh asas hubungan dua hala, meningkatkan mutu kerjasama dan mengamalkan multilateralisme.
"China bersedia bekerjasama dengan Jerman untuk mempertahankan perdagangan bebas, menyokong pembangunan terbuka dan mendorong sistem antarabangsa berkembang ke arah lebih adil dan rasional," jelasnya.
- Presiden Xi dan Canselor Merz Adakan Perbualan Melalui Telefon
- Xi Ucap Tahniah kepada Canselor Baharu Jerman
- China, Jerman Ikrar Perkasa Kerjasama Komprehensif
- China, Jerman Anjur Dialog Strategik Diplomasi dan Keselamatan
- Menteri Luar Jerman Baerbock akan Lawat China
- Kukuhkan Perkongsian Strategik China-Jerman dari Perspektif Jangka Panjang - Xi
- Perdagangan China-Jerman Didorong ke Arah Lebih Optimum dan Seimbang - PM Li
- Pemimpin China, Jerman Bincang Krisis Ukraine
- China, Jerman Komited Eratkan Hubungan Bilateral Rancakkan Pertukaran
- Peng Liyuan Terima Kunjungan Koir Mandarin dari Jerman