China Ambil Langkah Terhadap Alat Perubatan Import Dari EU Dalam Pemerolehan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 07 Julai 2025

(foto/VCG)

(foto/VCG)

Kementerian Kewangan memaklumkan bahawa China akan mengambil langkah-langkah yang sejawarnya terhadap alat perubatan import dari Kesatuan Eropah (EU) menerusi projek pemerolehan kerajaan, yang selari dengan syarat dan undang-undang berkaitan, lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.

Xinhua yang memetik Kementerian itu berkata menjelaskan bahawa apabila pembeli membeli alat perubatan dengan belanjawan lebih daripada RMB45 juta (sekitar AS$6.29 juta), sekiranya ia perlu membeli produk import – setelah melalui prosedur perundangan yang berkaitan, justeru penyertaan dari perusahaan EU (kecuali perusahaan dibayai EU yang berada di China) akan dikecualikan.

Lapor Xinhua, bagi perusahaan bukan EU yang menyertai dalam projek pemerolehan kerajaan, nisbah alat yang diimport dari EU yang diberikan tidak sepatutnya melebihi 50 peratus daripada jumlah keseluruhan pemerolehan.

Menurut Kementerian itu, notis tersebut berkuatkuasa mulai 6 Julai 2025, dan bagi projek pemerolehan yang telah mendapat keputusan positif sebelum tarikh tersebut tidak akan terganggu, sekali gus membolehkan kontrak pemerolehan kerajaan dapat terus ditandatangani.

Kata Xinhua yang memetik jurucakap Kementerian Perdagangan China berkata bahawa Suruhanjaya Eropah pada 20 Jun 2025 telah memperkenalkan langkah yang menyekat perusahaan dan produk China daripada menyertai pemerolehan awam EU bagi alat perubatan dan terus meletakkan pelbagai halangan buat firma China dalam pemerolehan awam.

Jurucakap itu juga berkata bahawa China telah berulang kali menzahirkan kesanggupan untuk menyelesaikan perbezaan dengan EU menerusi kaedah dialog, serta konsultasi dan persetujuan pemerolehan kerajaan dua hala.

Namun demikian, kepercayaan dan keikhlasan China telah ditentang, dan EU terus mengenakan tindakan ketat untuk membina tembok pemikiran perlindungan baharu.

Video

Berita Berkaitan