China Peringati Ulang Tahun ke-88 Bermulanya Seluruh Bangsa Menentang Pencerobohan Jepun

(CRI)Isnin 07 Julai 2025

China pada Isnin mengadakan upacara bagi memperingati ulang tahun ke-88 bermulanya seluruh bangsa bertindak menentang pencerobohan Jepun.

Pameran bertemakan 'Demi Pembebasan Bangsa dan Keamanan Dunia' turut dilancarkan secara serentak di Beijing.

Pameran tersebut dibahagikan kepada lapan bahagian utama dengan luas keseluruhan 12,200 meter persegi.

Sebanyak 1,525 keping foto bersejarah dan 3,237 artifak dipamerkan sebagai memperingati kemenangan Perang Rakyat China Menentang Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Dunia.

Video

Berita Berkaitan