China Seru Guna AI Promosi Pembangunan Sektor Tanpa Halangan

(CRI)Isnin 07 Julai 2025

Wakil China ke pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan organisasi antarabangsa lain di Switzerland, Chen Xu mewakili lebih 70 negara menyampaikan ucapan dalam seminar tahunan bertemakan bantuan teknik sesi ke-59 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Jumaat.

Dalam ucapan bertajuk "Penggunaan Kecerdasan Buatan untuk Mempromosikan Pembangunan Sektor Tanpa Halangan", Chen Xu menyeru pelbagai pihak agar meningkatkan bantuan teknik dan pembinaan keupayaan dalam sektor tanpa halangan dengan memanfaatkan teknologi AI, serta mendorong perkongsian hasil pembangunan AI oleh semua negara.

Video

Berita Berkaitan