'Keputusan Timbang Tara mengenai Laut China Selatan' Batal dan Tak Sah: MFA

(CRI)Isnin 14 Julai 2025

'Keputusan timbang tara mengenai Laut China Selatan' hanya sekeping kertas buangan yang menyalahi undang-undang, batal dan tak sah serta tidak terikat.

Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China berkata demikian susulan Filipina mengeluarkan satu kenyataan sempena genap sembilan tahun 'keputusan timbang tara mengenai Laut China Selatan'.

Jurucakap itu mengulangi bahawa pendirian China dalam isu 'kes timbang tara mengenai Laut China Selatan' adalah konsisten dan jelas.

China tidak menerima dan tidak mengakui 'keputusan' berkenaan serta menolak sebarang tuntutan atau tindakan berdasarkan 'keputusan' tersebut.

Kedaulatan wilayah dan kepentingan maritim China di Laut China Selatan tidak akan terjejas oleh 'keputusan' itu dalam apa jua keadaan.

Jurucakap MFA menegaskan kes timbang tara yang dibangkitkan Filipina itu melanggar prinsip asas undang-undang antarabangsa, membelakangi Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut (UNCLOS) serta bertentangan dengan fakta asas berkaitan Laut China Selatan.

Beliau turut menggesa negara terbabit supaya jangan melakukan tindakan provokasi dengan mempergunakan keputusan haram itu.

Video

Berita Berkaitan