- Lain-lain
China, India Komited Perkukuh Hubungan Dua Hala dan Kerjasama Serantau
China bersedia bekerjasama dengan India untuk memperkukuh kepercayaan politik, mengembangkan pertukaran dan kerjasama serta menangani perbezaan secara menyeluruh demi kestabilan hubungan dua hala.
Menteri Luar China, Wang Yi berkata demikian ketika mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari India, Subrahmanyam Jaishankar di Beijing pada Isnin.
Wang yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata, China bersedia bekerjasama dengan India untuk melaksanakan konsensus penting yang dicapai oleh pemimpin kedua-dua negara, menampilkan visi strategik kuasa besar yang baru muncul, memperkasakan kerjasama dan penyelarasan dalam platform pelbagai hala termasuk Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) untuk menggalakkan perkembangan hubungan China-India yang berterusan, sihat, dan stabil.
Wang menambah bahawa China bersedia mengukuhkan komunikasi dan penyelarasan dengan India untuk memelihara sistem perdagangan pelbagai hala, kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global dan persekitaran antarabangsa yang terbuka.
Selain itu menyokong globalisasi ekonomi yang inklusif dan dunia multipolar yang seimbang.
Sementara itu, Jaishankar pula menyifatkan India dan China sebagai rakan kongsi pembangunan dan bukan pesaing.
Beliau berkata, India bersedia mengambil peluang sempena ulang tahun le-75 hubungan diplomatik kedua-dua negara, bagi memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan, meningkatkan pertukaran budaya dan bersama-sama mengekalkan keamanan di kawasan sempadan.
- Xi Ucap Takziah kepada Pemimpin India atas Nahas Air India
- Xi, Murmu Bertukar Ucapan Tahniah Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-75 Hubungan Diplomatik China-India
- China, India Perlu Beri Tumpuan kepada Pembangunan dan Kerjasama – MFA
- Enam Konsensus Tercapai Mesyuarat ke-23 Wakil Khas Isu Sempadan China-India
- Xi Bertemu PM India
- Presiden Xi Ucapkan Tahniah kepada Presiden India
- Pertemuan Menteri Luar China-India
- China, India Adakan Rundingan Konstruktif di Kawasan Sempadan