- Lain-lain
Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar SCO Berlangsung di Tianjin
Mesyuarat Majlis Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) diadakan di sini pada Selasa.
Mesyuarat dipengerusikan Menteri Luar China Wang Yi yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC).
Wang Yi berkata, dalam tempoh 24 tahun sejak penubuhan SCO, organisasi ini telah mengekalkan momentum pembangunan yang mantap dan positif, sementara bidang kerjasama kian diluaskan. SCO telah berkembang menjadi tonggak yang boleh dipercayai bagi negara-negara anggota dalam memelihara kestabilan serantau dan mencapai pembangunan bersama.
Beliau turut mengemukakan lima cadangan mengenai pembangunan SCO pada masa akan datang.
Wang berkata SCO dikehendaki berpegang kepada aspirasi asal dan mempromosikan Semangat Shanghai, mengukuhkan asas keselamatan, sama menang untuk memacu enjin pembangunan baharu, menjalin hubungan kejiranan baik, serta membela keadilan dan kesaksamaan.
Pelbagai pihak yang hadir memberikan penilaian tinggi terhadap kerja China sejak negara ini menjadi negara pengerusi SCO. Mereka turut menzahirkan kesediaan untuk berkolaborasi dan berkoordinasi dengan China untuk menjayakan Sidang Kemuncak SCO di Tianjin yang dijadual berlangsung dari 31 Ogos hingga 1 Sept.
Pada masa itu, pemimpin dari lebih 20 negara dan ketua dari lebih 10 organisasi antarabangsa akan menghadiri sidang kemuncak tersebut serta aktiviti berkaitan.
- Xi Terima Kunjungan Ketua Delegasi Asing Hadiri Mesyuarat Majlis Menteri Luar SCO
- Anggota SCO Ikrar Perkasa Kerjasama Budaya dan Pelancongan
- China Komited Perkasakan Kerjasama Kewangan dengan Negara Anggota SCO
- Xi Utus Ucapan Tahniah kepada Forum Pengurangan Kemiskinan dan Pembangunan Mampan SCO
- SCO Zahir Sokongan kepada Mekanisme Perdagangan Multilateral
- China Lancar Logo Pengerusi Bergilir SCO
- PM Li Sertai Mesyuarat Ke-23 Majlis Ketua Kerajaan SCO
- PM China, Rusia dan Mongolia Bertemu di Islamabad
- PM Li Bakal Hadiri Mesyuarat Pemimpin Kerajaan SCO dan Lawat Pakistan
- Xi Utus Surat Tahniah kepada Forum Wanita SCO