- Lain-lain
China Kecam Kertas Putih Pertahanan Jepun 2025, Tuntut Hentikan Tuduhan Tidak Berasas
China mengecam dan membidas Kertas Putih Pertahanan 2025 yang dikeluarkan kerajaan Jepun, yang menyifatkan China sebagai "cabaran strategik terbesar" dan menuduh negara Tembok Besar ini secara melulu selain cuba mencampuri isu Taiwan.
Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Kanan Jiang Bin berkata demikian pada Rabu ketika mengulas mengenai laporan Kertas Putih Pertahanan 2025 yang diumumkan Jepun secara rasmi baru-baru ini.
Menurut Jiang, Jepun telah mereka-reka naratif palsu dan sengaja membesar-besarkan "ancaman China" sebagai alasan untuk melonggarkan sekatan ketenteraan domestik dan memperluaskan kekuatan tenteranya.
Katanya, China amat tidak berpuas hati dan dengan tegas membantah tindakan ini.
Pada masa sama Jiang mengingatkan sejarah hitam militarisme Jepun yang pernah membawa malapetaka yang amat dahsyat kepada China dan negara-negara jiran Asia.
Jepun bukan sahaja tidak mengambil iktibar daripada sejarah, bahkan sekali lagi menunjukkan sikap berbahaya dengan memperkuat dan memperluas kekuatan ketenteraan.
Katanya tindakan mereka tersebut telah menimbulkan kebimbangan di rantau ini dan komuniti antarabangsa.
Justeru Jiang Bin menyeru Jepun untuk menghayati semangat empat dokumen politik China-Jepun, menghayati komitmen berkaitan isu Taiwan, berhenti menyebarkan tohmahan tidak berasas terhadap China demi memastikan hubungan dua hala yang sihat dan stabil.
- China Sanggah Kenyataan Setiausaha Pertahanan AS
- China Kecam Dakwaan Filipina yang Salah
- Jepun Digesa Henti Uar-uarkan "Ancaman China"
- China Membantah Jepun yang Gembar-Gemburkan “Ancaman China”
- Jepun Didesak Berhati-hati dalam Gerak Kera Ketenteraan
- Jawatankuasa Hal Ehwal Luar NPC Bantah Resolusi Dewan Perwakilan AS
- AS Reka ‘Laporan Ketenteraan China’, Alasan untuk Kekalkan Hegemoninya