- Lain-lain
China Seru Seluruh Dunia Bersatu, Demi Realisasikan Agenda Pembangunan Mampan
China sentiasa menjadi negara yang bertindak proaktif dalam mendorong pembangunan global.
Demikian dinyatakan jurucakan Kementerian Luar China, Lin Jian dalam sidang media pada Khamis.
Mengulas lanjut beliau berkata, dalam mendepani cabaran semasa, kerjasama pembangunan sejagat perlu dihidupkan semula dan isu pembangunan harus diletakkan dalam kedudukan utama dalam agenda antarabangsa.
Katanya, China bersedia bekerjasama dengan semua pihak untuk memajukan kemakmuran dan kemajuan dunia.
Menurut laporan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai penilaian perlaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030, hampir separuh daripada matlamat pembangunan mengalami kemajuan yang perlahan, manakala 18 peratus mengalami kemerosotan.
Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres menyifatkan situasi ini sebagai "kecemasan pembangunan" namun menekankan bahawa matlamat ini masih boleh dicapai sekiranya semua pihak bersatu dan mengambil tindakan yang tegas.
Sehubungan itu, Lin berkata, unilateralisme dan amalan perlindungan telah menjejaskan pemulihan ekonomi dunia, sehingga krisis pembangunan telah menjadi cabaran dihadapi pelbagai negara.
Lin menyeru pihak terbabit bersatu padu dan berganding bahu untuk merealisasikan matlamat berkenaan.
- China Seru Guna AI Promosi Pembangunan Sektor Tanpa Halangan
- Kebijaksanaan China Bantu Perkukuh Kesepaduan Global
- Xi Ucap Tahniah kepada Forum Antarabangsa Imperial Springs 2024
- China Seru Cergaskan Semula Perkongsian Pembangunan Global
- Wujudkan Persekitaran Antarabangsa yang Kondusif bagi Pembangunan Secara Damai - Xi
- Nikmati Kehidupan Lebih Baik, Aspirasi Rakyat Seluruh Dunia
- Sumbang Lebih Banyak Kepastian, Tenaga Positif untuk Kedamaian, Pembangunan Dunia: Xi
- PM China Seru Tangani Masalah Dihadapi Negara Membangun
- AIIB: Junjung Tinggi Multilateralisme, Galakkan Kemakmuran dan Pembangunan Global
- China Komited Pacu Pembangunan Bersama China dan Dunia