Pasaran Pengguna China Dijangka Melebihi RMB50 Trilion Tahun Ini

(CRI)Jumaat 18 Julai 2025

Sejak perlaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025), pasaran pengguna China kekal sebagai kedua terbesar di dunia.

Dalam tempoh empat tahun lalu, jumlah jualan runcit barangan pengguna mencatatkan kadar pertumbuhan tahunan purata sebanyak 5.5 peratus, dan dijangka melebihi RMB50 trilion tahun ini.

Bukan itu sahaja, penggunaan dalam sektor perkhidmatan juga menyaksikan pertumbuhan pesat.

Perkara ini diumukan dalam sidang media pejabat penerangan Dewan Negara China bertemakan "Pelaksanaan Berkualiti Tinggi Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14" di Beijing hari ini.

Video

Berita Berkaitan