Pertandingan “AI for All” Dilancarkan di Guangxi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Sabtu 19 Julai 2025

Majlis pelancaran pertandingan. (People's Daily Online/Yan Lizheng)

Majlis pelancaran pertandingan. (People's Daily Online/Yan Lizheng)

Pertandingan “AI for All” telah dilancarkan di Nanning, Guangxi pada 19 Julai. Pertandingan tersebut yang bertemakan “AI untuk Guangxi, AI untuk China, AI untuk ASEAN” akan berlangsung dari Julai hingga November dengan penyertaan syarikat-syarikat unggul, pasukan penyelidikan, pelajar universiti dan pembangun individu dari dalam dan luar negeri.

Para peserta akan meneroka sepenuhnya senario penggunaan AI, menumpukan pemupukan syarikat AI baru untuk pasaran ASEAN, menggalakkan integrasi mendalam teknologi AI dan ekonomi sebenar, di samping mendorong transformasi AI ke arah produktiviti berkualiti serba baharu yang turut memperkasakan ribuan industri.

Tiga kategori utama akan dipertandingkan iaitu inovasi aplikasi, cadangan industri dan cabaran nasional. Pada masa yang sama, ia juga memfokuskan 17 bidang utama seperti AI+automotif, bakat seberang laut, e-dagang rentas sempadan, pelancongan budaya pintar serta pertanian pintar, bagi meneroka penyelesaian inovatif yang dapat dilaksanakan dengan segera dan boleh skala, agar pembangunan dan penggunaan kecerdasan buatan dapat benar-benar dilaksanakan dengan berorientasikan manusia dan menguntungkan semua.

Video

Berita Berkaitan