China, Vietnam Akan Jalankan Latihan Bersama Tentera Darat

(CRI)Ahad 20 Julai 2025

China dan Vietnam akan menjalankan latihan bersama tentera darat "Bersama Melangkah - 2025" di wilayah Guangxi China pada pertengahan hingga akhir Julai.

Latihan bersama yang bertema "latihan untuk penguatkuasaan bersama di kawasan sempadan" ini merupakan kali pertama yang dilancarkan tentera darat China-Vietnam. Kedua-dua pihak akan menumpukan kepada sesi pembelajaran mengenai pengalaman masing-masing ketika menjalankan tugasan di kawasan sempadan serta memperdalam kerjasama praktikal dalam bidang ketenteraan.

Video

Berita Berkaitan