FYP ke-14: China Rekod Pelaburan Asing AS$700 bilion

(CRI)Selasa 22 Julai 2025

Semakin banyak syarikat multinasional (MNC) berhasrat untuk meneroka peluang pelaburan dan mengembangkan perniagaan di China berikutan kelebihan negara Tembok Besar yang terserlah dalam skala pasaran, rantaian perindustrian dan bekalan serta tahap inovasi.

Statistik terkini dikeluarkan hujung Jun menunjukkan China menerima aliran masuk pelaburan asing berjumlah AS$700 bilion, melebihi matlamat yang disasarkan sepanjang pelaksanaan Rancangan Lima Tahun (FYP) ke-14 (2021-2025).

Dalam tempoh FYP ke-14, syarikat asing di China menyumbang sebanyak satu pertiga nilai import dan eksport serta satu perempat nilai tambah sektor perindustrian seluruh negara, selain mencipta lebih daripada 30 juta peluang pekerjaan.

Bagi tempoh sama, struktur penggunaan modal asing oleh China terus dioptimumkan dengan kualitinya semakin meningkat.

Banyak MNC menubuhkan ibu pejabat serantau dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) global di China.

Pada tahun 2024, perkadaran aliran masuk pelaburan dalam industri berteknologi tinggi mencapai 34.6 peratus, peningkatan sebanyak enam mata peratusan berbanding 2020.

China memperkukuh tekad dan usaha dalam menambah baik suasana perniagaan dan memperkasa keterbukaan pada tahap tinggi.

Susulan itu, senarai negatif mengenai akses modal asing di China terus dikurangkan, manakala sekatan terhadap akses pelaburan asing dalam sektor pembuatan telah pun ditarik balik.

Kini, program rintis untuk membuka sektor perkhidmatan seperti telekomunikasi nilai tambah dan bioteknologi kepada pelabur asing sedang dilaksanakan secara teratur.

Video

Berita Berkaitan