AS Umum Tarik Diri dari UNESCO Buat Kali Ketiga, Berkuatkuasa 2026

(CRI)Rabu 23 Julai 2025

Jurucakap Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS), Tammy Bruce, mengumumkan bahawa AS telah memaklumkan keputusan untuk menarik diri daripada UNESCO kepada Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa itu, penarikan diri rasmi akan dilakukan pada 31 Disember 2026, selaras dengan prosedur berkaitan.

Kenyataan itu menyebut bahawa penyertaan berterusan dalam UNESCO "tidak selaras dengan kepentingan negara AS" dan langkah organisasi tersebut menerima negara Palestin sebagai ahlinya adalah "bertentangan dengan dasar AS."

Ini merupakan kali ketiga AS mengumumkan penarikan diri daripada organisasi tersebut.

Sebagai maklum balas, Ketua Pengarah UNESCO, Audrey Azoulay menyatakan bahawa tindakan AS itu "melanggar prinsip asas multilateralisme", memberi tamparan kepada kerjasama antarabangsa dalam bidang pendidikan, sains dan budaya.

Video

Berita Berkaitan