Tinjauan: Indeks Keyakinan Pengguna AS Catat Paras Kedua Terendah

(CRI)Jumaat 23 Mei 2025

Laman sesawang Financial Times melaporkan bahawa Parti Republikan Amerika Syarikat (AS) semakin tidak berpuas hati dengan dasar pentadbiran Donald Trump, menyaksikan indeks keyakinan pengguna jatuh ke paras kedua terendah dalam catatan sejarah.

Hasil dapatan tinjauan dijalankan Universiti Michigan menunjukkan, indeks keyakinan pengguna AS bagi bulan Mei merekodkan kejatuhan kepada paras 50.8 peratus berbanding 52.2 peratus dicatat pada April.

Tinjauan berkenaan turut mendapati jangkaan inflasi pada tahun seterusnya melonjak kepada 7.3 peratus daripada 6.5 peratus, paras tertinggi sejak 1981. Rakyat negara itu berpendapat, perang perdagangan oleh pentadbiran Trump merupakan penyebab kenaikan harga barangan.

Video

Berita Berkaitan