China Tegaskan, Projek Hidroelektrik di Xizang Adalah Untuk Manfaat Rakyat

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 Julai 2025

Pembinaan Projek Hidroelektrik di hilir Sungai Yarlung Zangbo wilayah Xizang berada dalam lingkungan kedaulatan China dan bertujuan untuk mempercepatkan pembangunan tenaga bersih, meningkatkan taraf hidup penduduk tempatan serta menangani perubahan iklim.

Perkara itu dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Guo Jiakun dalam sidang media pada Rabu.

Ujarnya projek itu akan membantu mencegah dan mengurangkan risiko bencana di sepanjang Sungai Yarlung Zangbo, tanpa memberi kesan buruk kepada kawasan hiliran.

Guo menambah, China juga telah mengadakan kerjasama dengan negara-negara hiliran berkaitan pelaporan hidrologi serta pencegahan banjir dan pengurangan bencana.

Video

Berita Berkaitan