China-AS Dijadual Adakan Rundingan Ekonomi Baharu Di Sweden

(CRI)Khamis 24 Julai 2025

Jurucakap Kementerian Perdagangan China mengesahkan bahawa, Naib Perdana Menteri China yang juga merupakan Ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), He Lifeng dijadual mengadakan rundingan ekonomi dan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS) di Sweden dari 27 hingga 30 Julai.

Rundingan ini diadakan berdasarkan persetujuan bersama China dan Amerika Syarikat, serta berlandaskan konsensus penting yang dicapai oleh ketua kedua-dua negara pada 5 Jun lalu.

Kedua-dua pihak dijangka memanfaatkan sepenuhnya mekanisme perundingan ekonomi dan perdagangan yang sedia ada untuk terus berbincang mengenai isu bersama berdasarkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara aman dan kerjasama yang saling menguntungkan.

Video

Berita Berkaitan