EU Sedia Kenakan Tarif Balas Terhdap Produk AS Jika Rundingan Gagal

(CRI)Khamis 24 Julai 2025

Kesatuan Eropah (EU) merancang untuk mengenakan tarif balas terhadap produk dari Amerika Syarikat (AS) bernilai hampir 100 bilion euro (RM497 bilion), sekiranya rundingan perdagangan antara kedua-dua pihak gagal dan AS mengenakan tarif tinggi ke atas barangan EU.

Demikian dinyatakan jurucakap Suruhanjaya Eropah, Olof Gill pada Rabu.

Negara anggota EU, termasuk Jerman, turut mengambil pendirian lebih tegas terhadap AS.

Menurut pihak Jerman, jika EU dan AS gagal mencapai konsensus, negara itu akan menyokong EU bertindak balas dengan menggunakan cara anti paksaan sebagai langkah mempertahankan kepentingan ekonomi Eropah.

Video

Berita Berkaitan