Frisbee di TWG 2025 Chengdu: Sukan Gabungan Alam Semula Jadi dan Pertandingan
 |
Atlet frisbee sedang berkongsikan teknik-teknik standard. (People’s Daily Online/Sun Shuyu) |
Dari 8 hingga 10 Ogos depan, satu pertandingan acara menarik iaitu frisbee (atau turut dikenali sebagai cakera terbang) akan berlangsung di taman eko Guixi bersempena dengan Sukan Dunia (TWG) 2025 di Chengdu, ibu kota Provinsi Sichuan, barat daya China.
Difahamkan, 32 atlet daripada 16 negara akan membentuk regu campuran dan bersaing dalam sukan unik dan dinamik tersebut.
Frisbee mempunyai tatacara permainan yang agak mirip dengan golf tradisional. Padang pertandingannya telah direka dengan mengambil kira kontur semula jadi zon timur taman eko Guixi.
Meliputi lebih daripada 93 hektar tanah, elemen seperti tumbuh-tumbuhan yang kaya, kelengkapan air dan halaman rumput yang mudah diakses sekali gus menjadikan ia tempat yang ideal untuk acara frisbee.
Sebagai sukan yang pesat berkembang pada peringkat global, frisbee menguji daya tahan dan ketepatan atlet sambil menekankan tentang interaksi harmoni antara manusia dan alam semula jadi. Pada Ogos ini, taman eko Guixi akan menjadi pentas untuk Chengdu membuka lembaran baharu dalam ‘Sukan + Ekologi!’
 |
Syukri (kanan), pakar asing People’s Daily Online mempelajari pergerakan sukan frisbee. (People’s Daily Online/Sun Shuyu) |
 |
Syukri, pakar asing People’s Daily Online mencuba pergerakan sukan frisbee. (People’s Daily Online/Sun Shuyu) |
 |
Cakera terbang yang menampilkan logo TWG 2025 Chengdu. (People’s Daily Online/Sun Shuyu) |
 |
Syukri, pakar asing People’s Daily Online mempraktikkan pergerakan sukan frisbee. (People’s Daily Online/Sun Shuyu) |
 |
Momen apabila cakera mendarat di tempat sasaran. (People’s Daily Online/Sun Shuyu) |