Kemboja Alu-alukan Seruan PBB untuk Selesaikan Pertikaian Melalui Rundingan

(CRI)Isnin 28 Julai 2025

Jurucakap Kementerian Luar Kemboja Chum Sounry berkata pihaknya mengalu-alukan kenyataan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menyeru penyelesaian konflik melalui rundingan.

Konflik kekerasan yang tercetus di kawasan sempadan Kemboja dan Thailand sejak Khamis lalu telah menyebabkan lebih seratus orang maut atau cedera, manakala lebih 100,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke kawasan lebih selamat.

Pada mesyuarat tergempar tertutup Majlis Keselamatan PBB pada Jumaat, Kemboja dan Thailand masing-masing menyatakan keinginan untuk menyelesaikan pertikaian melalui pendekatan damai.

Video

Berita Berkaitan