- Lain-lain
Thailand, Kemboja Capai Konsensus Redakan Ketegangan di Sempadan
(CRI)Isnin 09 Jun 2025
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra berkata beliau telah berbincang dengan pihak kerajaan Kemboja mengenai situasi sempadan dan mencapai konsensus yang positif.
Paetongtarn melalui hantaran di media sosial mengatakan bahawa kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelaraskan penempatan tentera di kawasan konflik bagi meredakan ketegangan serta mendorong kerjasama.
Selain itu, kedua-dua pihak juga akan meneruskan rundingan melalui mekanisme Jawatankuasa Sempadan Bersama Thailand-Kemboja (JBC) pada 14 Jun, dan pada masa yang sama meneruskan dialog di semua peringkat bagi mendorong hubungan kedua-dua negara kembali ke landasan normal secepat mungkin.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara © People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang