Kemasukan Pengembara Asing ke China pada H1 2025 Meningkat

(CRI)Rabu 30 Julai 2025

Jumlah kemasukan dan keluar pengembara asing ke dan dari China pada separuh pertama tahun 2025 meningkat kepada 38.053 juta orang, meningkat 30.2 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Perkara itu diumumkan Pentadbiran Imigresen Negara (NIA) di Beijing pada Rabu.

Daripada jumlah itu, seramai 13.64 juta orang memasuki China menerusi dasar bebas visa, mewakili 71.2 peratus daripada jumlah keseluruhan, sekaligus meningkat 53.9 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Video

Berita Berkaitan