Xi Tandatangan Perintah Perkenal Bendera Empat Cabang PLA

(CRI)Jumaat 01 Ogos 2025

Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China (CMC) Xi Jinping menandatangani perintah memperkenalkan bendera bagi empat cabang angkatan Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) sempena sambutan Hari Tentera China pada 1 Ogos.

Bendera-bendera tersebut digunakan secara rasmi mulai 1 Ogos bagi pasukan aeroangkasa, pasukan ruang siber, pasukan sokongan maklumat dan pasukan sokongan logistik bersama.

Dalam kesempatan ini, Xi turut menyampaikan ucapan selamat menyambut Hari Tentera kepada seluruh anggota PLA, Pasukan Polis Bersenjata Rakyat, kakitangan awam yang bertugas dalam pasukan tentera serta anggota pasukan simpanan dan militia.

Video

Berita Berkaitan