Ketua Badan Legislatif Tertinggi China, Zhao Leji Hadiri WCSP Ke-6

(CRI)Jumaat 01 Ogos 2025
Ketua Badan Legislatif Tertinggi China, Zhao Leji Hadiri WCSP Ke-6

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), Zhao Leji menghadiri Persidangan Speaker Parlimen Dunia (WCSP) Ke-6 yang diadakan di sini, pada 29 hingga 31 Julai.

Zhao, ketua badan legislatif tertinggi China itu ketika menyampaikan ucapan bertajuk "Mengekalkan Multilateralisme, Membina Kampung Halaman Indah" pada persidangan itu berkata, umat manusia menghadapi cabaran serius dalam keamanan dan pembangunan pada masa ini.

"Badan legislatif berkewajipan untuk memainkan peranan positif bagi mendorong pembentukan hubungan antarabangsa model baharu.

"Sehubung itu, kita perlu berusaha memelihara kedamaian dan ketenteraman dunia, menggalakkan pembangunan dan kemakmuran global, menjaga mekanisme perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO), selain mempromosikan pertukaran dan saling belajar antara tamadun, serta menjunjung tinggi kesaksamaan dan keadilan antarabangsa," kata Zhao.

Beliau menekankan bahawa NPC bersedia mempergiat interaksi dan kerjasama dengan persekutuan parlimen dan badan legislatif pelbagai negara, bersama-sama melaksanakan Inisiatif Pembangunan Global, Inisiatif Keselamatan Global, dan Inisiatif Peradaban Global, demi pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan.

Video

Berita Berkaitan